Posts

TOPIK 3 : RANCANGAN UNTUK MENJADI SEORANG GURU YANG BERFALSAFAH

Image
  بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم Assalamualaikum semua, apa khabar? Harap semua dalam keadaan yang sihat walafiat ketika pandemik Covid-19 ni melanda. Kita juga dikejutkan dengan pegumuman PKP 3.0. huhuh bersabarlah demi negara tercinta kita. Semoga wabak ini cepat pulih dan kita semua dapat menjalankan hidupan seharian seperti sedia kala. InsyaAllah :)  Untuk entri kalini saya akan berkongsi tentang rancangan saya untuk menjadi seorang guru yang mempunyai pegangan falsafah yang kuat. Seperti yang kita ketahui, menjadi seorang guru memikul tanggungjawab yang sangat berat. Tetapi kita perlu membuat perancangan yang strategik untuk memantapkan diri kita yang akan dilengkapkan dengan falsafah. Pandangan saya, faktor utama menjadi seorang guru adalah dirinya dilengkapi dengan falsafah. Bukan disebabkan hanya menjadi guru bahkan menjadi insan yang berguna dalam melahirkan anak bangsa yang dinamik dan berintegriti. Sepertimana yang kita sedia tahu bahawa satu rangkap baris kata dal

TOPIK 2 : GURU YANG BERFALSAFAH

Image
  بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم SIAPAKAH GURU YANG TERBAIK PERNAH ANDA KENAL?  Assalamualaikum dan Hi! Bertemu lagi kita di slot kedua ni. Untuk topik kali ini, saya akan kongsikan guru yang amat saya segani sepanjang perkhdimatan beliau. Sepertimana yang kita tahu, siapalah diri kita ini sekarang jikalau tiadanya guru. Guru memainkan peranan yang penting dan menggalas tangungjawab yang besar dalam mendidik harapan dunia untuk masa hadapan. Sifat seorang guru adalah penyayang, tegas dan berintegriti dalam menjalankan tugasnya untuk mendidik tidak kira bangsa dan agama.  Jadi untuk hari ini saya akan kongsikan guru yang amat saya sanjungi sejak saya menyertai bidang kulinari ini. Beliau diberikan nama Wan Luqaman Harize dan berasal dari Pahang. Umur beliau pada tahun ini ialah 31 tahun. Beliau juga merupakan alumni UTHM dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional Katering. Beliau sekarang berkhidmat sebagai Ketua Program di Program Seni Kulinari, Kolej Vokasion

TOPIK 1 : KENAPA LUKMAN NAK JADI PENDIDIK? HMMM

Image
بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم Kenapa saya nak jadi cikgu? Assalamualaikum dan HI! Heeee berjumpa lagi ye kita di entri baru. Okay untuk entri kalini saya nak kongsikan dengan anda semua impian saya sejak kecik lagi. Okay murid-murid, kelas yang lepas apa yang saya ajar? Ingat lagi tak masing-masing. Kalau tak ingat semua berdiri luar kelas smpai saya suruh masuk balik! Haaa korang nampak tak ciri-ciri cikgu kat situ? Hehehe cuba dulu kan. Okay cukup dengan drama tadi jadi kenapa seketul Lukman ni pasang impian nak jadi cikgu? Orang kata impian tu percuma jadi saya pun berangan laa nak jadi cikgu dari kecik lagi. Ahahaha tkde la saya dah tekad dari kecik lagi memang nak jadi cikgu seperti bidadari saya, Ibuku <3. Menjadi seorang cikgu ni bukan mudah ye bak kata netizen dan makcik bawang dekat facebook tu. Tapi memang betul, menjadi seorang cikgu bukanlah satu perkara yang mudah yang perlu diambil remeh temeh. Kita perlu belajar cara mengenali setiap tingkahlaku murid-murid

MUKADDIMAH

Image
  بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم TENTANG DIRIKU :) Assalamualaikum dan Hi semua warga bumi. Haaa nama diberi Tony Stark, ehhh bukan tu salah ahaha. Ok2 nama yang dikurniakan oleh ibu dan abah saya pada 26 Mac 2000 ialah Muhammad Lukman Hakeem Bin Mohd Nazim. Panjang tak panjang tngok orang dia jugak la tinggi lampai heheh. Umur saya? tngok balik atas tuu tarikh lahir saya haaa. Tak dapat lagi ke? meh saya kirakan ye 2021-2000 haaa 21 tahun laa tahun ni. Muda lagi gais tapi masih single. Tkpe nanti dah smpai jodoh ada la tu yang terbaik. Allah SWT dah tetapkan yang terbaik untuk semua umatnya. Wallahualam :) Saya dilahirkan di Hospital Bentong, Pahang. Saya pun tak tahu kenapa saya dilahirkan disana walhal ibu dan ayah saya masing-masing berasal daripada Johor dan Melaka. Dan sekarang saya menetap di Ipoh, Perak. Haaa tak ke pelik tu. Kalau orang tanya pun saya taktau nak jawab mcm mana. Saya dibesarkan sehingga kini dengan kudrat ibu dan abah saya bermula dari Sekolah Kebangs